Sunday, 20 October 2013

                                           Si Syiling Tua
  Semua benda jadi tua kan???samalah dengan syiling..tak tau syiling ke???tak kan tak tau...hehe..kali ni,sebagai anak yang selalu dileter ibu(mungkin lebih sesuai kalau aku cakap bagi nasihat)..ibu aku ni suka sejarah..hampir setiap hari kat rumah,asyik cakap pasal sejarah..sejarah keluarga,sejarah tempat,sejarah makanan dan banyak lagi lah sejarahnya...
   Aku pun makin hari makin terikut karenah ibu aku ni,..hehe..ni aku nak kongsi minat aku yang terbaru iaitu kumpul syiling lama..aku nak keturunan aku nanti pun boleh tengok syiling lama..
   Yang aku ada sekarang:
1 syiling-1968
2 syiling-1973
maaflah,tak kelihatan pulak tahun kat syiling ni,almaklumlah,kamera telefon je..hihi..
1 syiling-1980
5 syiling-1981
2 syiling-1982
1 syiling-1987
    Sesetengah orang mungkin pikir ini kolot,yalah kan pa guna simpan benda lama.bagiku tidak..melihat keadaan syiling yang telah lama seolah-olah dapat sampai ke zaman itu..hehe..sayang sekali,syiling pada tahun kelahiran ku,tidak ku jumpa..

                                                  Ingat Ibu Bapa

        Hari ini,aku bangga terhadapku sendiri..tidak seperti selalu,jika selama ini,pabila aku di shopping mall,pasti tangan ini gatal sangat nak membelek baju-baju..pantang ada SALE..lalulah kawan tersenyum tanda ingin turut serta dalam 'menyumbangkan' duit..inilah salah satu sikap perempuan..selalunyalah..namun begitu,tidak seperti hari hari yang lalu,tiba tiba hari ini aku sempat termenung sendiri di saat sibuk memilih baju..aku pikir."ibu dan bapak di rumah pakai baju apa"..hati ku sebak,..lalu,aku tegaskan hati,berlalu dari tempat itu.melangkah dengan laju..memujuk hati."aku tidak perlukan semua barang SALE itu.","itu bukan sebab utama aku di sini."..
       Sampai jua waktu tengahari,kami 4 sekawan pergi ke Food Court,ku lihat banyak nya makanan,..sekali lagi,aku teringat ibu dan bapak di rumah.."ibu dan bapak makan apa ya???"..sesungguhnya,aku sedar ibu dan bapak tidak makan makanan sebanyak dan semewah ini jika tidak musim perayaan..tanpa berlengah,terus ku cedok 2 jenis lauk yang biasa ibu dan bapak makan...biarlah tidak ku makan semewah kawan ku...kerna jika ibu dan bapak ku juga tidak makan semewah ini,apatah lagi aku..apa guna jika kita makan mewah,walhal duit yang kita guna itu duit ibu dan bapak,duit belanja kita bulan-bulan,apa guna asyik makan mewah jika ibu dan bapak di rumah hanya berlauk ikan masin????renung-renungkanlah..ingatlah ibu dan bapamu walau dimana pun mereka berada...

Friday, 11 October 2013

                                            Doraemon
       Kali ini nak cakap jugak pasal majalah Tora Aman,Doraemon..aku ni dari kecik sampai sekarang sangatlah suka melihat cerita ni..tak kira sama ada melalui televisyen mahupun baca majalah nya..masa kecik tengok cerita Doraemon ni dengan sepupu sepapat,sahabat handai,sanggup menangguhkan makan malam gara-gara mahu lihat cerita Doraemon..Haha,betapa hebat nya kuasa Doraemon ni dalam hidup..
   Telatah Nobita dan rakan-rakan nya sangat menghiburkan..Watak dan perwatakan yang sesuai..jalan cerita menarik..Tak pernah jemu sekalipun sudah berapa kali membaca atau melihat edisi yang sama..
Jalan cerita yang memberi pengajaran kepada budak-budak..Jika gadis seumur ku lebih gemar membaca novel berunsur kisah cinta,aku lebih suka membaca majalah Tora Aman,Doraemon ini..Setiap orang mempunyai minat tersendiri..hehe..apapun hidup biar ceria...

Thursday, 10 October 2013

  
                             Ajaran seorang insan bergelar Guru
      Ni masa aku masih tingkatan 3 lagi, ada lah sorang cikgu ni yang ambil berat akan hal kami..barangkali sebab beliau mengajar kami dari tingkatan 1 lagi...seorang guru yang datangnya dari Perlis,mengajar subjek Sains...memandangkan hujung tahun kami akan menghadapi peperiksaan awam..maka beliau pun memberi motivasi dan bla,bla,bla and so onnnn...haha..apapun,yang ku ingat beliau cakap ini:
       1. Jangan makan banyak makanan segera.benda masam dan yang seumpamanya.
       2. Banyakkan buat latihan bagi setiap subjek.
       3. Jangan sombong dengan kebijakkan yang ada pada diri.
       4. Minum banyak air suam.
       5. Ingat Tuhan,berdoalah dan beriman kepada-Nya,agar ilmu yang turun dari seorang guru penuh berkat
       6.Hormat kepada ibubapa, guru dan orang lain.(Jikalau kamu hormat orang lain,maka orang lain pun akan hormat kamu)
     Ada lebih banyak yang beliau ajarkan..kata-katanya sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri..keikhlasan yang mengajar,ilmu itu turun dengan senang-lenangnya..manfaatkan apapun yang guru kamu  katakan..hihi..