Sunday, 20 October 2013

                                           Si Syiling Tua
  Semua benda jadi tua kan???samalah dengan syiling..tak tau syiling ke???tak kan tak tau...hehe..kali ni,sebagai anak yang selalu dileter ibu(mungkin lebih sesuai kalau aku cakap bagi nasihat)..ibu aku ni suka sejarah..hampir setiap hari kat rumah,asyik cakap pasal sejarah..sejarah keluarga,sejarah tempat,sejarah makanan dan banyak lagi lah sejarahnya...
   Aku pun makin hari makin terikut karenah ibu aku ni,..hehe..ni aku nak kongsi minat aku yang terbaru iaitu kumpul syiling lama..aku nak keturunan aku nanti pun boleh tengok syiling lama..
   Yang aku ada sekarang:
1 syiling-1968
2 syiling-1973
maaflah,tak kelihatan pulak tahun kat syiling ni,almaklumlah,kamera telefon je..hihi..
1 syiling-1980
5 syiling-1981
2 syiling-1982
1 syiling-1987
    Sesetengah orang mungkin pikir ini kolot,yalah kan pa guna simpan benda lama.bagiku tidak..melihat keadaan syiling yang telah lama seolah-olah dapat sampai ke zaman itu..hehe..sayang sekali,syiling pada tahun kelahiran ku,tidak ku jumpa..

                                                  Ingat Ibu Bapa

        Hari ini,aku bangga terhadapku sendiri..tidak seperti selalu,jika selama ini,pabila aku di shopping mall,pasti tangan ini gatal sangat nak membelek baju-baju..pantang ada SALE..lalulah kawan tersenyum tanda ingin turut serta dalam 'menyumbangkan' duit..inilah salah satu sikap perempuan..selalunyalah..namun begitu,tidak seperti hari hari yang lalu,tiba tiba hari ini aku sempat termenung sendiri di saat sibuk memilih baju..aku pikir."ibu dan bapak di rumah pakai baju apa"..hati ku sebak,..lalu,aku tegaskan hati,berlalu dari tempat itu.melangkah dengan laju..memujuk hati."aku tidak perlukan semua barang SALE itu.","itu bukan sebab utama aku di sini."..
       Sampai jua waktu tengahari,kami 4 sekawan pergi ke Food Court,ku lihat banyak nya makanan,..sekali lagi,aku teringat ibu dan bapak di rumah.."ibu dan bapak makan apa ya???"..sesungguhnya,aku sedar ibu dan bapak tidak makan makanan sebanyak dan semewah ini jika tidak musim perayaan..tanpa berlengah,terus ku cedok 2 jenis lauk yang biasa ibu dan bapak makan...biarlah tidak ku makan semewah kawan ku...kerna jika ibu dan bapak ku juga tidak makan semewah ini,apatah lagi aku..apa guna jika kita makan mewah,walhal duit yang kita guna itu duit ibu dan bapak,duit belanja kita bulan-bulan,apa guna asyik makan mewah jika ibu dan bapak di rumah hanya berlauk ikan masin????renung-renungkanlah..ingatlah ibu dan bapamu walau dimana pun mereka berada...

Friday, 11 October 2013

                                            Doraemon
       Kali ini nak cakap jugak pasal majalah Tora Aman,Doraemon..aku ni dari kecik sampai sekarang sangatlah suka melihat cerita ni..tak kira sama ada melalui televisyen mahupun baca majalah nya..masa kecik tengok cerita Doraemon ni dengan sepupu sepapat,sahabat handai,sanggup menangguhkan makan malam gara-gara mahu lihat cerita Doraemon..Haha,betapa hebat nya kuasa Doraemon ni dalam hidup..
   Telatah Nobita dan rakan-rakan nya sangat menghiburkan..Watak dan perwatakan yang sesuai..jalan cerita menarik..Tak pernah jemu sekalipun sudah berapa kali membaca atau melihat edisi yang sama..
Jalan cerita yang memberi pengajaran kepada budak-budak..Jika gadis seumur ku lebih gemar membaca novel berunsur kisah cinta,aku lebih suka membaca majalah Tora Aman,Doraemon ini..Setiap orang mempunyai minat tersendiri..hehe..apapun hidup biar ceria...

Thursday, 10 October 2013

  
                             Ajaran seorang insan bergelar Guru
      Ni masa aku masih tingkatan 3 lagi, ada lah sorang cikgu ni yang ambil berat akan hal kami..barangkali sebab beliau mengajar kami dari tingkatan 1 lagi...seorang guru yang datangnya dari Perlis,mengajar subjek Sains...memandangkan hujung tahun kami akan menghadapi peperiksaan awam..maka beliau pun memberi motivasi dan bla,bla,bla and so onnnn...haha..apapun,yang ku ingat beliau cakap ini:
       1. Jangan makan banyak makanan segera.benda masam dan yang seumpamanya.
       2. Banyakkan buat latihan bagi setiap subjek.
       3. Jangan sombong dengan kebijakkan yang ada pada diri.
       4. Minum banyak air suam.
       5. Ingat Tuhan,berdoalah dan beriman kepada-Nya,agar ilmu yang turun dari seorang guru penuh berkat
       6.Hormat kepada ibubapa, guru dan orang lain.(Jikalau kamu hormat orang lain,maka orang lain pun akan hormat kamu)
     Ada lebih banyak yang beliau ajarkan..kata-katanya sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri..keikhlasan yang mengajar,ilmu itu turun dengan senang-lenangnya..manfaatkan apapun yang guru kamu  katakan..hihi..

Wednesday, 25 September 2013

                                                     NGAYAU

      'Ngayau',satu aktiviti masyarakat Iban,di mana pemuda mencari musuh,membunuh musuh,memenggal kepala,namun itu dulu..Zaman ini,tak ada sudah pemuda Iban meneruskan adat yang saya kira tidak patut dilakukan lagi kini..Jika dulu,pemuda Iban bertanggungjawab menjaga kediaman.rumah panjang dan kawasan sekitar..Lebih dikenali dengan HeadHunter,pemenggal kepala sangat berani berlawan sesama masing-masing,semakin banyak kepala dapat dipenggal dan dapat dibawa balik,menunjukkan bahawa individu tersebut akan dihormati..sesetengah juga akan mengangkat individu tersebut menjadi 'tuai rumah'(ketua rumah panjang)..


    Walaupun tiada lagi aktiviti 'ngayau' ini diteruskan,ada juga sesetengah rumah panjang ataupun individu masih menyimpan kepala-kepala musuh di penggal oleh moyang masing-masing..Pada pendapat saya,tidak ada salah nya masih menyimpan semua ini.agar dapat dilihat oleh cucu cicit masyarakat Iban pada masa akan datang..Jika tidak mungkin mereka mungkin tidak tahu sejarah berkaitan bangsa sendiri..

Thursday, 19 September 2013

Makanan Tradisi Masyarakat Iban

                                                   Penganan

   Penganan,antara salah satu makanan tradisi orang Iban..penganan yang dibuat menggunakan tepung jagung dan gula apong ataupun gula melaka..penganan ini juga dihidangkan semasa upacara 'miring',kematian,keramaian dan juga semasa hari Gawai..penganan ini berbentuk piring dan mempunyai bentuk seperti renda di tepi..penganan ini paling sedap dimakan apabila masih panas..Rasanya sangat manis berikutan diperbuat daripada gula apong ataupun lebih dikenali sebagai gula melaka..
    Semasa keramaian.penganan akan dihidangkan kepada tetamu..sepanjang saya hidup sebagai anak Iban.penganan merupakan antara salah satu makanan kesukaan saya..dan kerap kali saya minta ibu saya membuat nya untuk saya..bagi saya,penganan ini lebih sedap dimakan di kala masih panas,sekiranya sejuk,penganan akan tampak lembik dan bahagian di tepinya menjadi tidak rangup..oh ya,ada sesetengah masyarakat memanggil penganan ini sebagai penyaram..

Penganan

Wednesday, 18 September 2013

             Baju Tradisional Masyarakat Iban
        
   Ngepan,baju tradisional bagi masyarakat Iban..yang terdiri daripada 'nyawir','tangu','sugu tinggi dan pelbagai lagi..Ngepan dipakai oleh gadis Iban semasa Perayaan Gawai,ngepan juga dipakai semasa gadis Iban mempersembahkan tarian tradisional masyarakat Iban iaitu Ngajat..ada satu ketika,di sekolah,para penari memakai ngepan..kehadiran penari tersebut diketahui melalui bunyi duit syiling yang terletak pada ngepan..bunyi syiling palsu ini amat nyaring dan dapat didengar dari jarak 50 meter..Tangu dibuat menggunakan manik dari pelbagai warna agar kelihatan cantik,dan mengikut corak tertentu bagi menghasilkan tangu yang menarik dan dapat menyerlahkan kecantikan pemakainya..
     Jika dulu,tangu,sugu tinggi dan pua kumbu senang didapati,namun,sekarang makin sedikit masyarakat Iban memilikinya..Jika adapun yang dijual,harga nya sangat mahal,ada yang mencecah sampai Rm400..jika dulu juga,wanita Iban akan membuat tangu sendiri keluarga,namun sekarang rata-ratanya generasi Iban kini kurang menitik beratkan hal ini..
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Rumah Panjang Masyarakat Iban


                                          Rumah Panjang Masyarakat Iban                                                                    Apabila saya berbual dengan kawan-kawan yang rata-ratanya peribumi Sabah,secara spontan saya mengatakan saya tinggal di rumah panjang..semua mereka terkejut..tidak percaya..ye,jikalau anda datang ke Sarawak..anda kan nampak rumah teres versi kayu..hihi..bagi masyarakat Iban,kebanyakannya tinggal di rumah panjang..rumah panjang terdiri daripada ramai keluarga..ada juga rumah panjang yang biliknya sampai 40 pintu dimana bermaksud ada 40 keluarga yang diam di situ..jadi,hubungan kekeluargaan sesama yang lain sangat baik..membesar di rumah panjang memberi pelbagai kenangan dari kecil sampai sekarang..aktiviti keramaian dilakukan bersama-sama.. Paling best apabila tiba waktu Hari Gawai..makanan tradisional dihidangkan di 'ruai'..seperti rumah terbuka,masyarakat akan berkunjung ke setiap ruai..pada tengah malam semasa tepat 1 Jun,akan ada bunga api,dan masyarakat berada di 'tanju' untuk melihat bunga api..

Wednesday, 11 September 2013

Rumah Terbalik

                                                                    Rumah Terbalik
       Pada cuti Hari Raya yang lepas,saya pergi Beaufort,tinggal di rumah pakcik..2 hari di sana,mak cik saya bawa saya makan angin ke Kota Kinabalu,Sabah,.antara tempat menarik yang saya dapat lawati seperti Rumah Terbalik,Tamparuli,Sabah..keadaan di Sabah sememangnya sangat sejuk dan udara yang sangat segar di pagi hari..Di Rumah Terbalik,pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah terbalik tersebut,hanya dibenarkan mengambil gambar di luar rumah tersebut..pengujung dikenakan bayaran yang saya kira berpatutan..di dalam rumah tersebut,anda dapat lihat petisejuk yang terbalik,katil terbalik dan banyak lagi benda yang terbalik..Bagi yang melancong ke Sabah,jangan lupa melawat Rumah Terbalik ini..hihi..rugi tau kalau tak pergi..
tandas yang dalam keadaan terbalik!!