Penganan,antara salah satu makanan tradisi orang Iban..penganan yang dibuat menggunakan tepung jagung dan gula apong ataupun gula melaka..penganan ini juga dihidangkan semasa upacara 'miring',kematian,keramaian dan juga semasa hari Gawai..penganan ini berbentuk piring dan mempunyai bentuk seperti renda di tepi..penganan ini paling sedap dimakan apabila masih panas..Rasanya sangat manis berikutan diperbuat daripada gula apong ataupun lebih dikenali sebagai gula melaka..
Semasa keramaian.penganan akan dihidangkan kepada tetamu..sepanjang saya hidup sebagai anak Iban.penganan merupakan antara salah satu makanan kesukaan saya..dan kerap kali saya minta ibu saya membuat nya untuk saya..bagi saya,penganan ini lebih sedap dimakan di kala masih panas,sekiranya sejuk,penganan akan tampak lembik dan bahagian di tepinya menjadi tidak rangup..oh ya,ada sesetengah masyarakat memanggil penganan ini sebagai penyaram..
![]() |
Penganan |
No comments:
Post a Comment