Wednesday, 18 September 2013

Rumah Panjang Masyarakat Iban


                                          Rumah Panjang Masyarakat Iban                                                                    Apabila saya berbual dengan kawan-kawan yang rata-ratanya peribumi Sabah,secara spontan saya mengatakan saya tinggal di rumah panjang..semua mereka terkejut..tidak percaya..ye,jikalau anda datang ke Sarawak..anda kan nampak rumah teres versi kayu..hihi..bagi masyarakat Iban,kebanyakannya tinggal di rumah panjang..rumah panjang terdiri daripada ramai keluarga..ada juga rumah panjang yang biliknya sampai 40 pintu dimana bermaksud ada 40 keluarga yang diam di situ..jadi,hubungan kekeluargaan sesama yang lain sangat baik..membesar di rumah panjang memberi pelbagai kenangan dari kecil sampai sekarang..aktiviti keramaian dilakukan bersama-sama.. Paling best apabila tiba waktu Hari Gawai..makanan tradisional dihidangkan di 'ruai'..seperti rumah terbuka,masyarakat akan berkunjung ke setiap ruai..pada tengah malam semasa tepat 1 Jun,akan ada bunga api,dan masyarakat berada di 'tanju' untuk melihat bunga api..

No comments:

Post a Comment