Wednesday, 18 September 2013

             Baju Tradisional Masyarakat Iban
        
   Ngepan,baju tradisional bagi masyarakat Iban..yang terdiri daripada 'nyawir','tangu','sugu tinggi dan pelbagai lagi..Ngepan dipakai oleh gadis Iban semasa Perayaan Gawai,ngepan juga dipakai semasa gadis Iban mempersembahkan tarian tradisional masyarakat Iban iaitu Ngajat..ada satu ketika,di sekolah,para penari memakai ngepan..kehadiran penari tersebut diketahui melalui bunyi duit syiling yang terletak pada ngepan..bunyi syiling palsu ini amat nyaring dan dapat didengar dari jarak 50 meter..Tangu dibuat menggunakan manik dari pelbagai warna agar kelihatan cantik,dan mengikut corak tertentu bagi menghasilkan tangu yang menarik dan dapat menyerlahkan kecantikan pemakainya..
     Jika dulu,tangu,sugu tinggi dan pua kumbu senang didapati,namun,sekarang makin sedikit masyarakat Iban memilikinya..Jika adapun yang dijual,harga nya sangat mahal,ada yang mencecah sampai Rm400..jika dulu juga,wanita Iban akan membuat tangu sendiri keluarga,namun sekarang rata-ratanya generasi Iban kini kurang menitik beratkan hal ini..
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

No comments:

Post a Comment